AKANAN TRADISIONAL
Mas sejemput adalah salah satu kuih tradisonal Terengganu. Kuih ini diperbuat daripada putih telur itik.Biasanya kuih ini akan menjadi kuih hantaran perkahwinan atau untuk majlis akad nikah.
Kebanyakkan kuih-muih Terengganu di perbuat daripada ikan umpamanya kuih sata ini. Isinya di perbuat daripada isi ikan dan di campur dengan sedikit tepung. Dibungkus dalam daun pisang, dicucuk lau di bakar.Kalau nak lebih sedap isinya biarlah dari ikan tenggiri.
Kenapa di panggil dengan kuih Lompat Tikam, saya pun tak tahu. Tapi rasanya yang lemak di campur dengan kuah manisan menambahkan rasanya yang lazat.
Keropok Lekor memang sudah tidak asing lagi bagi penduduk Terengganu bahkan kepada orang luar juga.Ia menjadi makanan ringan pada waktu petang. Boleh dimakan dengan hanya merebus dan boleh juga digoreng.
No comments:
Post a Comment